SIMKAD TONEWOW-Excel (TWE)


Web ini dibawakan oleh: Mazelan Abas

Mazelan Abas.

biztonewow.com
Mengapa saya jadi pengedar simkad ini.

Salam Sejahtera semua.

Suka atau tidak, duit merupakan satu keperluan dalam hidup kita hari ini. Kita biasa mendengar pepatah mengatakan Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit.

Apa kegunaan duit?

Untuk beli makanan, untuk beli atau menyewa tempat untuk kita duduk dan tidur, untuk membeli ilmu dan pelajaran, seperti duit sekolah, ptptn, untuk membeli keselesaan, seperti beli kereta, beli tv, membayar untuk kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga yang kita tanggung dan juga membeli keselesaan selepas kita tiada nanti.

Disebabkan untuk memenuhi keperluan itu, menyebabkan kita terpaksa mencari untuk mendapatkan duit. Ada yang mencari secara baik, ada yang mencari secara jahat, ada yang mencari sekadar keperluan, ada yang mencari untuk mendapat duit yang banyak.

Kebanyakkannya ada yang mencari duit sampai mati atau sampai tidak berdaya lagi untuk mencarinya. Ada orang yang mudah dapat duit, tetapi ramai yang rasa payah dapat duit.

Duit boleh menjadi punca orang menjadi lebih baik, tetapi dengan duit juga boleh menyebabkan orang menjadi lebih buruk.

Duit Bukan Segalanya, Tetapi Segalanya Memerlukan Duit.

Apa kemungkinan yang berlaku jika kekurangan duit?

Ada pasangan yang bahagia semasa baru berkahwin, tetapi disebabkan kekurangan duit, mereka sering bertengkar sepanjang hidup bersama.

Ada orang yang hidupnya sering berhutang sepanjang hidup mereka sehinggakan sampai mereka mati masih lagi menanggung hutang yang banyak. Maka mereka akan meninggalkan hutang dengan harapan pewaris mereka mampu untuk menyelesaikannya.

Ada orang yang sudah hidup 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun dan ada yang sepanjang hidup mereka, pagi petang siang dan malam hanya memikirkan bagaimana nak dapatkan duit ini, hingga meragut keseronokkan tujuan hidup dimuka bumi ini.

Ada segelintir yang berjaya mendapatkan duit yang banyak dan sentiasa ada lebihan, tetapi masih ramai hanya hidup kais pagi makan pagi. Ada juga yang sekadar cukup makan sahaja.

Keadaan menjadi lebih teruk, bila harga barangan semakin naik, keperluan lain semakin naik, harga minyak masak semakin melambung, susu anak semakin naik, harga minyak petrol juga naik, nilai duit semakin jatuh, gaji tak naik-naik atau naik sikit sahaja.

Kepada yang berniaga, pelanggan semakin berkurangan, modal semakin meningkat, ini semua menyebabkan tekanan mendapatkan duit menjadi lebih terdesak.

Perniagaan ALONG sahaja yang semakin maju dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ada juga yang hilang tempat bergantung seperti kematian suami atau kematian bapa. Ada juga yang diberhentikan kerja. Ini menyebabkan ramai diantara kita yang hidup dalam keadaan tertekan dan ada yang terpaksa hidup dalam penipuan sepanjang hayat mereka.

Contoh2 penipuan yang biasa kita alami;
Anak nak beli mainan, bapa beri alasan, kan dekat rumah dah ada mainan, tetapi sebenarnya si bapa tahu yang dia ketika itu tiada duit dalam poket nak belikan mainan tersebut. Kita tipu anak kita.

Isteri atau anak sakit teruk, kita bawa jumpa tok bomoh atau hanya bawa ke klinik kerajaan, dengan alasan berjimat. Kita tahu yang klinik swasta jauh lebih baik, tetapi kita tidak mampu ketika itu walau pun anak sakit teruk, kerana tahu yang kita tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal.

Alasan berjimat ketika itu adalah satu penipuan untuk menutup ketidak mampuan kita dan juga kegagalan kita memberikan perubatan terbaik untuk orang2 yang kita sayangi. Kita tipu mereka lagi.

Perbelanjaan harian kita, terpaksa kita kurangkan termasuk barangan keperluan dengan alasan nak berjimat, tetapi kita tahu, punca sebenarnya adalah kerana kita tak cukup duit. Kita tipu isteri kita, untuk menutup sebab sebenar.

Ada yang menipu dengan alasan agama. Saya tak mahu banyak duit, nanti saya jadi takabur, tetapi dalam masa yang sama berusaha mencari duit yang banyak. Apabila gagal, mereka menipu dengan alasan agama untuk menutup kegagalan tersebut.

Bila nak meminjam, berjanji langit dan bumi, berjanji nak bayar hujung bulan, siap beritahu semoga Tuhan merahmati orang memberi pinjam, tetapi bila dah dapat duit, janji kemana, dia kemana. Dia lupa rahmat Tuhan kepada yang memberi pinjam, dan dia juga lupa marahnya Tuhan pada orang yang menipu, mungkir janji dan juga penjual nama Tuhan untuk mendapatkan duit. Orang seperti ini adalah penipu dan dikhuatiri menyamakan Tuhan dengan duit tanpa mereka sedari. Begitulah tekanan pentingnya duit dalam kehidupan kita hari ini.

Alhamdulillah hingga ke hari ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana telah membebaskan saya daripada keadaan perit kerana kesempitan kewangan.

Saya dah lalu zaman tiada duit. Saya dah lalu zaman berhutang ke sana ke mari. Saya dah lalu zaman dipinggirkan oleh saudara mara kerana kemiskinan. Saya dah lalu zaman dikejar bank kerana hutang kredit kad dan hutang pinjaman pribadi. Saya dah lalui zaman kais pagi makan pagi. Saya dah lalu zaman nak pergi kerja hanya mampu naik bas, kereta tak ada, motor pun tak ada.

Saya dah lalui zaman hutang kereta, kena tarik kereta atau sewa rumah asyik tertunggak dua tiga bulan. Saya dah lalu zaman makan hati, lihat rakan dan saudara mara semuanya senang dan mampu beli itu dan ini, tetapi kami sekeluarga tidak mampu. Saya dah lalu zaman bila nak dekat naik sekolah atau dekat raya, kepala pening fikir nak cari duit lebih untuk persiapan. Saya dah lalu zaman kesusahan dan kesukaran serba serbi kerana satu benda yang dinamakan DUIT.

Saya hanya perlu bersyukur kepada perkara yg telah ditakdirkan untuk saya. Tapi saya tak tahu apa yg ditakdirkan utk saya pada hari esok.

biztonewow.com
Pada Julai 2010, saya dijumpakan dengan satu perniagaan sebagai penjual simkad Tone Excel. Ia kelihatan seperti ala-ala MLM. Saya termasuk salah seorang yang tak suka bisnes style MLM. Waktu itu tiada siapa pernah mendengar tentang Tone Excel. Tetapi setelah berfikir panjang, akhirnya saya memutuskan untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel dan terus menjalankan bisnes ini.

Saya bukan menujukan artikel ini kepada mereka yang sudah ada banyak duit atau yang tidak memerlukan duit lagi atau pun sudah mencukupi apa yang ada. Anda tidak perlu membaca terus artikel ini, kerana anda sudah pun berjaya melepasi ujian tekanan mendapatkan duit. Tahniah kepada anda. Semoga suatu hari nanti ramai di antara kita yang boleh mencapai apa yang anda capai hari ini, InsyaAllah.

Saya tujukan artikel ini, kepada rakan-rakan yang masih berusaha keras untuk mendapatkan duit, yang merasakan susah untuk dapatkan duit, yang sudah berusaha berbagai-bagai usaha untuk mendapatkan duit, semata-mata untuk memenuhi keperluan asas, tetapi masih gagal lagi.

Apa tujuan saya menjalankan bisnes Tone Excel ini?

Supaya cukup duit untuk meneruskan kehidupan. Waktu itu saya sering tak cukup duit, jadi sudah terlalu lama pening kepala memikirkan untuk mencukupkan duit bagi memenuhi keperluan asas. Saya perlu melakukan sesuatu untuk mengubah hidup saya dan keluarga saya yang sudah berpuluh tahun dalam kemiskinan dan dibelenggu hutang.

Untuk mengeluarkan diri saya daripada hutang. Ketika itu hidup saya dililiti hutang yang kadang2 saya fikir tidak akan terbuka sehingga akhir hayat ini.

Saya juga ingin menikmati keindahan dunia ini. Saya juga ingin seperti orang lain untuk memiliki rumah yang cantik dan selesa, ada kereta yang saya idamkan, ada keluarga bahagia, dapat menanggung pelajaran anak2 keperingkat tertinggi, dapat membantu ahli keluarga, rakan2 dan jiran2 yang memerlukan dari segi kewangan. Dapat membantu anak2 yatim dan orang-orang miskin. Dapat mengelakkan saya dari menjadi orang yang hina dan merempat dikemudian hari.

Persediaan jika sesuatu berlaku. Apa berlaku jika saya meninggal dunia hari ini, atau diberhentikan kerja dengan serta merta, kerana kompani terpaksa buang pekerja contohnya, kompani tutup atau saya diserang penyakit yang membantaskan usaha saya, seperti lumpuh dan kemalangan.

Dulu saya takut dan tak pernah berani untuk memikirkannya, kerana kalau difikirkan, saya tahu yang saya tiada jawapannya. Biarkan sahaja perkara itu, kalau terjadi, barulah kita fikirkan apa perlu dilakukan, jika tidak mampu juga, barulah kita salahkan takdir Tuhan. Dah nasib aku macam ni. Dulu aku sihat, aku boleh bekerja, semua orang sayang aku, bila aku sakit, bini pun dah tinggalkan aku. Dah takdir aku macam ni.

Berpuluh tahun saya bekerja, bila toleh kebelakang, langsung tiada duit simpanan kecuali EPF. Saya sentiasa kecut perut memikirkan apa akan berlaku kepada isteri dan anak2 jika kematian datang pada saya hari ini.

Saya langsung tiada persediaan untuk mereka. Adakah mereka akan merempat selepas ketiadaan saya. Adakah isteri saya akan mengelupur keseorangan mencari duit untuk membesarkan anak2. Kesemua itu tiada jawapan, dan saya berusaha untuk tidak memikirkan perkara tersebut.

Bagaimana saya menjalankan bisnes Tone Excel ini.

Mulai Julai 2010 itu, saya hanya promote Tone Excel ini hanya melalui facebook, email dan sekarang ia lebih mudah lagi bila sudah ada wechat, whatsapp, instagram dan macam-macam lagi. Saya promote lebih daripada 3 kali setiap hari. Selama 2 tahun, saya promote setiap hari, tidak ada satu hari pun yang terlepas daripada promosi saya. Saya tidak mengira, samada ada orang join atau tidak, saya tak kisah, saya hanya promote, promote, promote. Itu sahaja kerja yang saya tahu.

Kerja saya hanyalah menambahkan pelanggan. Jika ada yg berminat untuk menjadi pengedar, saya hanya berikan website untuk mereka belajar sendiri. Berusaha sendiri.

Awal2 lagi saya pesan kepada mereka, jika anda berminat untuk menjadi pengedar, anda kena berusaha sendiri. Saya tidak ada masa untuk menjaga dan mengajar anda. Kerja saya hanyalah menambahkan pelanggan baru. Anda kena belajar sendiri, cari ilmu sendiri, bertanya sendiri dalam group, tapi yg mudahnya pelajaran asas yg perlu telah saya sediakan didalam website.. Anda kena rajin baca sahaja.

Sehingga sekarang, sudah hampir 10 tahun saya mendapat komisyen dari ToneGroup. Saya masih menggunakan cara yg sama untuk bergerak kehadapan. Mudah2an rezeki tersebut berterus sehingga yg ditentukan oleh Tuhan. Amin.

Pencapaian saya selama 10 tahun dalam bisnes ini.

biztonewow.com
Bot di jeti hadapan rumah saya di Pengkalan Chepa Kelantan. Bot, jeti, tanah dan rumah kesemuanya saya beli secara tunai dengan rezeki melalui Tone Excel ini.

biztonewow.com
Rumah yang saya beli di Shah Alam secara tunai dengan rezeki melalui Tone Excel ini.

biztonewow.com
Kereta dan tanah di Negeri Sembilan yang saya beli secara tunai dengan rezeki melalui Tone Excel ini.

Pesanan saya, buatlah bisnes Tonewow-Excel (TWE). Bisnes ini memang tiada standard nya. Tak glamour macam bisnes2 yg lain. Tak gah macam bisnes2 yg hebat. Tak memerlukan modal ribu2 ringgit. Tapi bila dah dapat hasilnya, glamour dan gah semuanya dah tak penting lagi.

Bila kita tiada duit nak beli susu anak, glamour, gah atau orang lain, tiada siapa yang datang nak menolong. Kita sendiri kena berusaha dengan kudrat yang Tuhan berikan ini.


Terima Kasih.
Mazelan Abas
Admin website ini.


Website ini dimiliki oleh biztonewow.com - Mazelan Abas