Cara menggunakan Simkad TWE


Web ini dibawakan oleh: Mazelan Abas

a. Simkad Tonewow menggunakan topup Digi.

b. Topup Digi (RM5, RM10, RM30, RM50, RM100) boleh diperolehi dimana-mana kedai yg jual topup, seperti di 7Eleven, kedai2 runcit, speedMart, dimana ada jual topup disitu ada jual topup Digi termasuk online banking seperti Maybank2u, CIMBClick dll.

c. Pastikan anda minta topup Digi, JANGAN MINTA TOPUP TONEWOW. Tiada siapa yg jual topup Tonewow.

d. Apabila anda topup, semuanya akan dimasukkan kedalam KREDIT anda.

e. Dengan KREDIT inilah anda perlu gunakan untuk melanggan pakej2 dalam Tonewow-Excel.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
a. Apabila anda sudah topup, anda di nasihatkan untuk beli Pakej Langganan yg sesuai dengan kegunaan anda.

Jika tidak melanggan pakej tertentu, anda akan di charge mengikut Kadar Cas Biasa dan ia agak mahal.

biztonewow.com
b. Dengan melanggan pakej2 tertentu, dapat menjimatkan penggunaan kredit anda.

c. Pastikan KREDIT anda lebih daripada nilai pakej.

d. Kalau KREDIT anda kurang kena topup dahulu.

e. Kalau anda tak langgan mana2 pakej yg ditawarkan, anda akan di charge dengan kadar yg mahal utk panggilan dan internet. Kejap sahaja nanti kredit anda kena telan.

f. Cara melanggan pakej2 adalah:
✅ Dail *128#
✅ Pilih 1 TONE WOW Plan
✅ Pilih 1 Internet, Voice and SMS Plan
✅ Pilih pakej yang ingin anda langgan.


Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
- HiSpeed-Kelajuan Tinggi: Data internet yg digunakan utk membuka website.

- Internet Sosial: WhatsApp, WeChat, Facebook, Messenger, Telegram, Youtube, Netflix, Instagram, Twitter.

- Internet Asas: Data internet yg digunakan utk membuka website. Data ini tidak selaju HiSpeed tapi masih boleh digunakan untuk melayari internet.

- FUP: Fair Usage Policy: Masa maksima untuk membuat panggilan/call.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
Pakej RM10 - TDS10
✅ Tahan 10 hari.
✅ 1.5 Gb Data Internet.
- HiSpeed: 0.5Gb.
- Internet Asas: 1Gb.
✅ 25 minit call KESEMUA rangkaian.
✅ Hanya data HiSpeed sahaja yg boleh di Carry Forward jika tidak habis.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
biztonewow.com
Pakej RM30 - TDS30.
✅ Tahan 32 hari.
✅ 8 Gb Data Internet.
- HiSpeed: 5Gb.
- Internet Asas: 3Gb.
✅ 12.5 jam (750 minit) call KESEMUA rangkaian.
✅ Sekiranya masa 12.5 jam habis digunakan, ia akan tolak kredit.
✅ Hanya data HiSpeed sahaja yg boleh di Carry Forward jika tidak habis.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
biztonewow.com
Pakej RM50 - TDS50.
✅ Tahan 32 hari.
✅ 89 Gb Data Internet.
- Internet Social: 2Gb sehari (64Gb Total).
- HiSpeed: 10Gb.
- Internet Asas: 15Gb.
- Campurkan kesemuanya 64+10+15 menjadi 89 Gb.
✅ Call KESEMUA rangkaian selama 50 jam.(FUP)
✅ Sekiranya masa 50 jam habis digunakan, ia akan tolak kredit.
✅ Jika Internet Social 2Gb habis pada hari itu, ia akan menggunakan data dari HiSpeed.
✅ Jika data HiSpeed habis, ia akan menggunakan data dari Internet Asas.
✅ Hanya data HiSpeed sahaja yg boleh di Carry Forward jika tidak habis.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
biztonewow.com
Pakej RM120 - TDS120.
✅ Tahan 32 hari.
✅ 156 Gb Data Internet.
- Internet Social: 3Gb sehari (96Gb Total).
- HiSpeed: 40Gb.
- Internet Asas: 20Gb.
- Campurkan kesemuanya 96+40+60 menjadi 156 Gb.
✅ Call KESEMUA rangkaian selama 100 jam. (FUP)
✅ Sekiranya masa 100 jam habis digunakan, ia akan tolak kredit.
✅ Jika Internet Social 3Gb habis pada hari itu, ia akan menggunakan data dari HiSpeed.
✅ Jika data HiSpeed habis, ia akan menggunakan data dari Internet Asas.
✅ Hanya data HiSpeed sahaja yg boleh di Carry Forward jika tidak habis.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
BOOSTER.
✅ Sekiranya data HiSpeed anda habis sebelum tamat tempoh pakej tersebut, anda boleh beli pakej tambahan untuk naikkan data HiSpeed sahaja.

✅ Ia dipanggil Booster plan.

biztonewow.com
biztonewow.com


Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
- Semua pakej diatas mempunyai sistem Auto-Renewal.

✅ Sekiranya sampai tarikh tamat tempoh, dan kredit didalam hp anda ada sebanyak atau lebih nilai pakej, langgan semula ini akan berlaku secara automatik.

✅ Cuma tugasan anda, pastikan kredit anda cukup dengan nilai pakej langganan, kalau tak cukup anda boleh topup dahulu dengan topup digi.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
✅ Sekiranya pada tarikh tamat tempoh, HiSpeed data anda masih ada baki lagi, jika Auto-Langgan berlaku, maka baki in akan dibawa kebulan hadapannya.

✅ Baki bulan tersebut hanya boleh dibawa kehadapan selama 3 bulan sahaja.

✅ Contohnya, data HiSpeed anda ada berbaki 4Gb pada bulan Januari, ia akan dibawa pada bulan Febuary. Kalau tak habis juga yg 4Gb ni tadi pada Febuary, bakinya akan dibawa ke bulan Mac. Kalau masih ada lagi baki, ia akan dibawa ke bulan April. Kalau bulan April masih ada baki lagi, ia akan burn dan tidak dibawak ke bulan May. Kerana mana2 bulan yg data HiSpeed masih berbaki, hanya boleh di caryy-foward sebanyak 3 kali sahaja.

✅ Dengan kata lain, data HiSpeed yg kita langgan pada bulan Januari, kalau ada baki lagi, boleh dibawa ke bulan feb, mac dan april sahaja.

✅ Data HiSpeed yg kita langgan pada bulan Febuari, kalau ada baki lagi, boleh dibawa ke bulan mac, april dan may sahaja.

✅ Data HiSpeed yg kita langgan pada bulan Mac, kalau ada baki lagi, boleh dibawa ke bulan April, May dan June sahaja.

✅ Begitulah seterusnya.

✅ Auto-Langgan tidak akan berlaku jika dalam hp anda tidak ada kredit yg cukup.

✅ Jadi baki yg ada sebelum ini tidak akan di carry forward jika auto-renewal tidak berlaku.

✅ Hanya data HiSpeed sahaja yang boleh di carry forward.

✅ Internet Social, Internet Asas, dan masa utk call tidak boleh di carry forward.

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
✅ Dalam satu-satu masa anda hanya boleh memiliki SATU pakej langganan sahaja.

✅ Jadi jika anda ingin merubah pakej langganan dari satu TDS ke TDS yang lain, anda perlu UNSUBSCRIBE terlebih dahulu pakej TDS yg ada.

✅ Cara untuk UNSUBSCRIBE pakej yg lama adalah:

> Dail *128#
> Pilih No.1 TONE WOW Plan
> Pilih No.5 Unsubscribe Internet, Voice and SMS Plan.
> Pilih No.2 Yes to confirm.


Selepas itu barulah anda subscribe/langgan semula pakej TDS yang lain dengan mendail *128# semula.

Soalan:
Boleh ke nak unsubscribe menggunakan MyWOW app?

Jawapan:
TIDAK BOLEH.


Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.

✅ MyWoW Apps adalah satu applikasi yang dibuat untuk memudahkan anda sebagai pengguna.

biztonewow.com
biztonewow.com - App. MyWOW ini boleh diperolehi di google-store atau play-store.

biztonewow.com -Taip perkataan Mywow dan Install (Pasang)

biztonewow.com - Klik di applikasi mywow anda.

biztonewow.com - Untuk login, masukkan no. IC anda tanpa dash atau jarak.

- Pilih simkad yg anda gunakan. Samada simkad Tonewow-Excel atau Tonewow-Plus.

- Jika anda tak pasti, di belakang simkad anda itu ada tulis, samada ToneExcel atau TonePlus.

- Jika anda ada satu jenis simkad sahaja, mudah, anda tidak perlu memilih.

- Jika ini baru kali pertama, biasanya ia akan minta terus anda buat password baru.

- Kalau anda pernah gunakan dahulu, walau pun dah expired, anda perlu menggunakan password lama.

- Jika password lama dah tak ingat, klik di Forget Password dan dapatkan password baru yg akan dihantar kedalam sms anda.



biztonewow.com
✅ Cara pembacaan mywow.

- Disini akan keluar nama anda atau nama pemegang nombor IC atau passport yg didaftarkan.
- Diruangan ini akan memaparkan maklumat simkad dan maklumat peribadi anda.

biztonewow.com
biztonewow.com
- Diatas sekali memaparkan no telefon anda.

- Baki kredit anda.

> Reload Now - Anda boleh topup KREDIT anda menggunakan duit yang ada didalam WOWLET. (Akan diterangkan kemudian).

> Subcribe Now - Anda boleh langgan mana2 pakej TDS:10/30/50/120 menggunakan KREDIT. (Sekiranya anda belum lagi melanggan mana2 pakej)

biztonewow.com
- Dalam contoh diatas, menunjukkan yang saya melanggan pakej TDS50.
- Saya sepatutnya mendapat:
> HiSpeed 10Gb
> Internet Social 2Gb sehari selama 32 hari = 64Gb
> Internet Asas 15 Gb.
- Jumlah keseluruhan adalah 89Gb.

- Lihat contoh diatas HiSpeed yang ada adalah 29.47 Gb, sedang yang diberikan hanyalah 10Gb, ini bermakna data HiSpeed yang tidak habis pada bulan sebelumnya akan di carry forward.

- Untuk Internet Social setiap hari saya diberikan 2Gb, saya hanya gunakan 0.02Gb sahaja, kerana disitu masih menunjukkan baki sebanyak 1.98Gb untuk hari ini. Walau pun saya tidak menggunakan sepenuhnya, jika masih ada baki lagi, ia tidak akan di carry forward untuk esok. Keesokkan harinya saya akan diberi lagi 2Gb untuk internet social.

- Basic Internet hanya akan digunakan sekiranya HiSpeed telah habis digunakan.

- Yang penting untuk dijaga adalah Expiry Date:, saya kena pastikan yang KREDIT saya melebih nilai pakej, dalam contoh disini adalah RM50, supaya apabila Auto-Renewal berlaku, kalau HiSpeed ada baki, carry forward juga akan berlaku.

- Sekiranya apabila sampai tarikh Expiry Date:, dan kredit kita tidak mencukupi untuk Auto-Renewal berlaku, dalam contoh disini katalah kredit saya bawah RM50, maka proses langgan semula secara automatik tidak berlaku, maka jika HiSpeed masih ada baki lagi, ia TIDAK AKAN DI CARRY FORWARD.

> Booster Plan - Sekiranya sebelum sampai masa tamat tempoh, anda sudah kehabisan data HiSpeed, dan anda ingin tambah lagi sementara nak menunggu Auto-Renewal, anda boleh beli booster plan ini.

- Anda boleh klik di Booster Plan untuk melihat tawaran2 yg ada dari segi harga, jumlah data dan validity.

biztonewow.com
- WoWLET adalah tempat untuk anda simkad duit yang boleh digunakan untuk topup/tambah KREDIT anda.

- WowLET disini boleh ditambah menggunakan online banking atau melalui Kredit Kad.

- 1 unit didalam wowlet ini bersamaan dengan RM1 (Satu Ringgit).

- Unit dalam wowlet ini juga boleh bertambah jika anda mendaftarkan pelanggan baru anda menggunakan mywow anda.

Fungsi yang ada:
> Topup Wallet - Anda boleh topup wallet anda didalam WOWLET ini menggunakan online banking seperti maybank2u, cimbclick dan juga menggunakan Kredit Kad.

> Transfer to 3rd party - Anda juga boleh pindahkan duit ini kepada orang lain melalui ni. ID mereka. Jadi anda perlu tahu terlebih dahulu nombor ID Tonewow mereka.

> Prepaid Reload - Anda boleh topup no. phone anda, atau nombor phone sesiapa pun, dan juga untuk kesemua telco, bukan setakat Digi sahaja. Tetapi anda juga boleh topup line TuneTalk, Maxis, Celcom,Umobile dan Merchan Trade. Ramai juga yang menggunakan kemudahan ini untuk buat perniagaan jual reload.

> Premium/ VIP Number - Anda juga boleh membeli nombor2 cantek yg ada dalam senarai simpanan menggunakan duit dari wowlet ini.

biztonewow.com
- WoWcher tempat terkumpulnya point.

- Point akan diperolehi apabila anda topup telefon anda.

- Nilai point disini lebih kurang 1500 point = RM 1 (Satu ringgit sahaja).

- Point2 ini boleh REDEEM dikedai2 yang menunjukkan logo MCash.

biztonewow.com
- Hanya tunjukkan Barcode yg keluar apabila anda klik di logo MCash yang ada.
biztonewow.com
- Kedai2 yang bekerjasama dengan MCash.
biztonewow.com


Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
Sekiranya anda menghadapi masalah teknikal mengenai simkad ini, sila dapatkan bantuan melalui saluran dibawah ini:

tonewow

Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.
Pertama sekali anda kena tahu atau sekurang2nya anda boleh anggarkan berapa Gb data internet yg anda gunakan selama sebulan?

Kedua, anda juga cuba anggarkan berapa lama (dalam jam atau minit) yg anda gunakan untuk buat panggilan dalam tempoh sebulan?

Contohnya dalam sehari anda call orang lain dan bercakap lebih kurang 20 minit, maknanya anggaran sebulan lebih kurang 600 minit yang anda gunakan.

Ketiga, berapa yg anda bayar sekarang ini setiap bulan untuk kos telefon anda?

Didalam Tonewow-Excel, apabila anda topup kredit anda, anda boleh menggunakan kredit tersebut untuk melanggan pakej2 yang disediakan.

SENARAI PAKEJ  ToneWOW-Excel  . biztonewow.com
Pakej RM30 SEBULAN.
Anda akan dapat;
- 8 Gb data internet.
- 12.5 jam (750 minit) utk buat call KESEMUA rangkaian.

biztonewow.com
Pakej RM50 SEBULAN,
Anda akan dapat;
- 89 Gb data internet.
- 50 jam (3,000 minit) utk buat call KESEMUA rangkaian.

biztonewow.com
Pakej RM120 SEBULAN,
Anda akan dapat;
- 156 Gb data internet.
- 100 jam (6,000 minit) utk buat call KESEMUA rangkaian.

Pilih pakej yg bersesuaian dengan penggunaan anda.

Contoh1:
Katalah sekarang ini anda sedang pakai satu simkad prepaid/bil, dan anda bayar RM120 untuk 60Gb dan unlimited call. Tapi sebenarnya, anda hanya gunakan 20Gb sebulan, dan purata anda buat call dalam 30 minit sehari, bermakna sebulan anda gunakan lebih kurang, 900 minit sebulan.

Dengan kegunaan seperti itu, Pakej RM50 sebulan sudah boleh memenuhi keperluaan anda. RM120-RM50, bermakna anda sudah boleh berjimat sebanyak RM70 setiap bulan.

Contoh2:
Katalah sekarang ini anda sedang pakai satu simkad prepaid/bil, dan anda bayar RM48 sebulan untuk unlimited data. Tapi untuk buat call anda kena topup asing pula. Bila kira2 semula, sebulan anda bukan hanya bayar RM48, bila campur topup asing untuk buat call, mungkin pergi ke RM70 sebulan.

Mungkin anda boleh cuba dahulu, menggunakan simkad ini selama beberapa bulan, dan cuba langgan pakej RM30 sebulan. Anda akan dapat 8Gb dan 750 minit masa memanggil kesemua rangkaian.

Kalau dengan pakej ini dapat memenuhi keperluan anda selama sebulan, bermakna anda berjaya menjimatkan RM40 setiap bulan.

Contoh3:
Katalah sekarang ini anda sedang pakai satu broadband wifi untuk kegunaan di pejabat anda, dan anda bayar RM300 untuk dapat 100Gb dan unlimited call.

Mungkin anda boleh cuba dahulu, menggunakan simkad ini selama beberapa bulan, dan cuba langgan pakej RM120 sebulan. Anda akan dapat 156Gb dan 6,000 minit masa memanggil kesemua rangkaian.

Beli satu kota pemancar broadband wifi sendiri, masukkan simkad ini, dan lihat samada cukup atau tidak kegunaan untuk sebulan dipejabat anda.

Kalau dengan pakej ini dapat memenuhi keperluan pejabat anda selama sebulan, bermakna anda berjaya menjimatkan RM180 setiap bulan.

Contoh4:
Katalah sekarang ini anda sedang pakai satu broadband wifi untuk kegunaan di dirumah, dan anda bayar RM180 untuk dapat 50Gb dan unlimited call.

Mungkin anda boleh cuba dahulu, menggunakan simkad ini selama beberapa bulan, dan cuba langgan pakej RM50 sebulan. Anda akan dapat 89Gb dan 3,000 minit masa memanggil kesemua rangkaian.

Gunakan HOT SPOT daripada handphone anda sahaja, dan biar satu rumah pakai.

Kalau dengan pakej ini dapat memenuhi keperluan penghuni rumah anda selama sebulan, bermakna anda berjaya menjimatkan RM130 setiap bulan.

Ramai yang tidak sedar, biasa mereka bayar mahal hanya terpengaruh dengan iklan unlimited data, sedangkan mereka hanya menggunakan beberapa Gb sahaja sebulan.

Jadi jika anda boleh anggarkan berapa Gb data dan berapa lama anda buat call dalam tempoh sebulan, sekarang anda boleh merancang menjimatkan kos telefon anda.



Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk tutup bahagian ini.